Sunday, May 15, 2011

AKU MAHU JATUH CINTA, TAPI DENGAN SIAPA?

Cinta adalah satu lafaz yang difahami oleh seluruh manusia. Cinta adalah suatu rasa yang selalu diimpikan oleh setiap jiwa. Namun, cinta tidak semuanya indah dan mempesona. Dalam berjuta warna cinta, tetap ada cinta yang membinasakan. Dalam berjuta kelopak cinta tetap ada yang berbahaya, harus diteliti dengan waspada. Kenali cinta... atau anda mungkin menjadi mangsa.
Cinta adalah sebuah rasa yang sering didambakan oleh remaja. Sedangkan remaja itu sendiri belum memahami erti cinta yang sebenar. Dalam keadaan remaja yang masih jahil untuk bercinta, mereka tetap meraung-raung mahu memilikinya. Ramai yang berkira-kira mahu menjadi Romeo dan Juliet. Ramai yang berkira-kira mahu menjadi hero dan heroin dalam fantasi cinta masing-masing. Malangnya, masih ramai yang belum kenal siapakah musuh dan cabaran sebenar dalam kehidupan. Adakah mereka akan mampu mengharungi halangan percintaan ini? Sebelum remaja memiliki cinta... milikilah dahulu buku ini.
Agar cinta yang bakal digapai itu lebih tulus dan kudus.


Pengarang A. Ubaidillah Alias
Penerbit KarnaDya Solutions
2009, Edisi Pertama
Harga RM 13.00 (harga pos RM 5.00)



No comments:

Post a Comment